4 pendaki sesat ditemui selamat - Utusan Malaysia

4 pendaki sesat ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Sept. – Empat lelaki yang dilaporkan sesat selepas melakukan aktiviti mendaki Gunung Pulai 2 di Kulai, hari ini, ditemui dalam keadaan selamat.

Muhamad Aidil Amsir, Mohamad Raziff Mohamed Raffi, Ammar Fikri Othman dari Ulu Tiram di sini dan Mohamad Syafiq Sani dari Taman Desa Jaya di sini, kesemua mereka berusia 24 tahun ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 1.44 petang.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nanas, Pontian, Pegawai Bomba Mohd. Bakhtiar Cik berkata, menerima panggilan berhubung kejadian pukul 12.25 tengah hari sebelum beliau bersama empat anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua mangsa dipercayai sesat ketika dalam perjalanan turun daripada puncak gunung. Dua daripada mereka turut mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan awal,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini