PRK DUN Seri Setia: 15 peratus turun mengundi - Utusan Malaysia

PRK DUN Seri Setia: 15 peratus turun mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 4 Sept. – Anggota tentera dan polis yang terlibat dalam pengundian awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang di sini sudah mula menjalankan tanggungjawab bermula pukul 8 pagi.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi pengundian awal mendapati proses berjalan lancar dan terkawal.

Malah kelihatan, calon PKR, Halimey Abu Bakar tiba di lokasi kira-kira pukul 8.45 pagi, manakala Dr. Halimah Ali pula tiba sejam kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, seramai 2,770 pengundi awal terlibat meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan dan 173 anggota polis.

Bagi anggota tentera serta pasangannya, mereka akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil manakala bagi anggota polis pula akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di TTDI Jaya.

Proses pengundian awal bagi DUN Seri Setia bermula pukul 8 pagi dan berakhir 5 petang.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya memaklumkan, bagi DUN Seri Setia sehingga pukul 9 pagi tadi, 15 peratus telah turun mengundi manakala bagi DUN Balakong peratusan turun mengundi adalah 83 peratus.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini