Kenapa lembu dibiarkan bebas berkeliaran? - Utusan Malaysia

Kenapa lembu dibiarkan bebas berkeliaran?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin berkongsi rungutan penduduk Taman Tanjong Pahang yang kesal Majlis Daerah Rompin tidak mengambil tindakan terhadap aduan pemilik lembu membiarkan haiwan ternakan mereka bebas berkeliaran dalam kawasan taman perumahan tersebut.


Setiap hari sekumpulan lima hingga sepuluh ekor lembu berkeliaran dan menjadikan taman permainan kanak-kanak sebagai tempat makan dan berteduh.

Masalah timbul kerana najis lembu bersepah secara tidak terkawal di atas jalan dan taman permainan terbabit sehingga meninggalkan kesan kotor dan bau yang meloyakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk taman perumahan ini menggesa supaya majlis daerah mahupun jabatan haiwan di daerah ini bekerjasama mengambil tindakan mengatasi masalah yang sudah lama kami hadapi ini.


AHMAD HAMID

Rompin, Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini