Konsert Siti di Royal Albert Hall mungkin ditangguh - Utusan Malaysia

Konsert Siti di Royal Albert Hall mungkin ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Konsert penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall, London, England yang sepatutnya berlangsung pada 22 April depan berkemungkinan besar akan ditangguhkan.

Kata Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 40, waktu sudah terlalu singkat untuk melangsungkan konsert tersebut pada tarikh yang dirancang.

“Waktu sudah terlalu singkat untuk konsert di London. Saya rasa mungkin tidak akan berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, jika tidak diadakan pada bulan April ini, mungkin konsert yang dirancang itu akan dilangsungkan pada tarikh atau bulan yang lain.

“Andai kata, konsert berkenaan tidak direalisasikan dengan pihak penganjur, Shiraz Projects, saya percaya ia akan diteruskan bagi mengulangi momen di dewan berprestij itu. Jika tidak dengan Shiraz, mungkin dengan penganjur lain,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran anaknya, Siti Aafiyah sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini