LONDON 17 Mac – Selang beberapa jam selepas insiden serangan Christchurch, seorang lelaki pula diserang dengan tukul dan kayu oleh sekumpulan individu di luar sebuah masjid, timur London.
Ketiga-tiga individu terbabit menjerit ayat-ayat yang berbaur anti Islam ketika mereka memandu kereta di hadapan masjid yang terletak di jalan Canon Street itu.
Mereka memanggil jemaah yang mendirikan solat Jumaat di masjid tersebut sebagai pengganas.
Memuatkan artikel berkaitan…
Beberapa orang jemaah cuba mengejar kenderaan yang dinaiki ketiga-tiga lelaki itu sebelum salah seorang daripada mereka kemudiannya melompat keluar dan menyerang dengan menggunakan tukul.-AGENSI











