Dua gempa bumi gegar Lombok - Utusan Malaysia

Dua gempa bumi gegar Lombok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 17 Mac – Gempa bumi berukuran melebihi 5 pada skala Richter menggegarkan Pulau Lombok, Indonesia, petang ini.

Gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pada pukul 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24 kilometer timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, ini disusuli dengan satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat di 7 kilometer barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, pukul 2.09 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.

Tiada ancaman tsunami dilaporkan dan setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk serta kawasan setempat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini