Pencemaran: Kerajaan negeri akan beri kaunseling kepada pelajar sekolah terlibat - Utusan Malaysia

Pencemaran: Kerajaan negeri akan beri kaunseling kepada pelajar sekolah terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor akan memberikan kaunseling kepada pelajar sekolah yang menerima rawatan susulan insiden pencemaran kimia Sungai Kim Kim.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, JKM Johor sedia bekerjasama dengan pihak Jabatan Pendidikan untuk memberikan kaunseling kepada pelajar terutamanya murid sekolah rendah.

“Saya rasa kaunseling perlu diberikan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dalam kes ini, terutamanya pelajar dari sekolah rendah yang mungkin menghadapi trauma selepas insiden tersebut dan selepas menerima rawatan di medic base atau hospital secara beramai-ramai. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berharap sesi kaunseling bagi pelajar-pelajar tersebut dapat membantu mereka dalam proses pemulihan dan juga untuk mengatasi perasaan trauma dalam diri mereka jika ada,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini.

Cai Tung berkata, pasukan kaunseling tersiri daripada 35 orang termasuk JKM yang sedia ada adalah 15 orang pegawai psikologi.

Jelasnya, sesi kaunseling ini akan diberikan kepada semua pelajar di sekolah terlibat sehari sebelum sesi persekolahan dibuka semua. – K! ONLINE.
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini