Rahimi masih di ICU - Utusan Malaysia

Rahimi masih di ICU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mac – Salah seorang rakyat Malaysia yang cedera dalam insiden serangan pengganas di masjid di Christchurch, New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Christchurch serta masih bergantung kepada mesin pernafasan.

Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus berkata, dua lagi rakyat Malaysia yang cedera iaitu Mohd. Tarmizi Shuib, 42, dan Mohamad Nazril Hisham Omar, 46, kini stabil dan menjalani rawatan di wad hospital yang sama.

“Rahimi Ahmad masih di ICU, masih bergantung kepada mesin pernafasan. Dijangka akan masuk ke dewan bedah esok pagi untuk pembedahan ‘wash out’ selanjutnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nazril Omar (mengalami) kecederaan di jari-jari kaki dan di belakang badang, imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) tidak menunjukkan kecederaan tulang belakang tapi masih perlu ke dewan pembedahan untuk ‘wash out’. Tarmizi Shuib sudah menjalani pembedahan semalam, beliau stabil di wad. Kecederaan tembakan di belakang badan, masih ada pembedahan lanjutan selepas ini,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Sementara itu, tambah Mohamad Firdaus, ibu kepada Rahimi serta isteri kepada Mohamad Nazril Hisham juga telah tiba di hospital tersebut dari Malaysia.

“Ibu dan abang beliau (Rahimi) juga sudah sampai ke sini bersama kedua-dua YB di atas (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz).

“Isteri Nazril dan anak juga baru sampai dari Malaysia. Nazril stabil di wad, tapi sedikit mengantuk dan letih di bawah pengaruh ubat tahan sakit. Masih tidak dibenarkn untuk makan,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini