Kualiti udara 42 sekolah di Pasir Gudang diukur hari ini - Utusan Malaysia

Kualiti udara 42 sekolah di Pasir Gudang diukur hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 17 Mac – Jabatan Kimia Johor dan beberapa agensi bermula pagi ini melakukan kerja-kerja pengukuran udara di 42 buah sekolah sekitar daerah ini bagi mengetahui tahap kompetensi, perkembangan dan bacaan terkini kualiti udara di kawasan terlibat.

Proses tersebut yang dimulakan pukul 8 pagi ini atas arahan jawatankuasa bencana di sini dilakukan hingga selesai pada lewat petang untuk mengetahui status udara di kawasan sekolah berkenaan susulan kerja-kerja pembersihan Sungai Kim Kim yang sedang giat dijalankan.

Antara yang terlibat Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai; SK Kota Masai 3; SK Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Timut, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Masai dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Azman Adnan ketika dihubungi berkata, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor membenarkan jabatan tersebut dan agensi terbabit melakukan kerja-kerja tersebut.

Beliau berkata, pembukaan semula sekolah di seluruh Pasir Gudang akan dimaklumkan pihak Kementerian Pendidikan selain memohon pelajar, guru dan kakitangan sekolah serta warga JPN menjaga kesihatan masing-masing.

Pada Rabu lalu Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengarahkan semua 111 buah ditutup bagi mengelakkan pelajar terhidup udara tercemar akibat pencemaran toksik.

Selain sekolah, sebanyak 92 tadika dan taska, dua pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini turut diarahkan ditutup. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini