Pencemaran toksik:143 masuk wad malam tadi - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik:143 masuk wad malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG 17 Mac – Seramai 143 orang yang terjejas akibat pencemaran toksik Sungai Kim Kim di sini dimasukkan ke wad hospital di dalam dan luar negeri ini setakat tengah malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, daripada jumlah itu, seramai 36 kes dirujuk ke hospital luar daerah Johor Bahru menakala 29 kes dirujuk ke hospital di luar Johor.

“Seramai tujuh pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, sehingga tengah malam tadi juga, seramai 108 pesakit dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di tiga hospital kerajaan di negeri ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seluas 1.3 kilometer daripada 1.5 kilometer kawasan tercemar di Sungai Kim Kim sudah dibersihkan sehingga petang semalam manakala baki 200 meter akan diselesaikan dalam tempoh dua hari.

“Sebanyak 550 metrik tan tanah serta enap tercemar dan 700 metrik tan air tercemar dikumpulkan sehingga 4 petang semalam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini