Pasar Borong Selangor digempur, 112 ditahan
 - Utusan Malaysia

Pasar Borong Selangor digempur, 112 ditahan


Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mac – Sebanyak 112 warga asing yang dipercayai menguasai aktiviti penjualan di Pasar Borong Selangor, ditahan Jabatan Imigresen dalam satu serbuan di Seri Kembangan dekat sini pagi tadi.

Operasi bersepadu yang turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman itu menyaksikan kira-kira 198 warga asing yang disyaki berniaga secara haram serta menyalahgunakan pas lawatan diperiksa.

Azis berkata, pemeriksaan mengejut itu dilaksanakan hasil maklumat dan rungutan orang awam yang berasa khuatir dengan keadaan pasar itu, seolah-olah telah dikuasai kelompok terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 66 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) telah dicekup atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Selain daripada itu, Jabatan Imigresen turut menahan 46 orang pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui pemberita di pasar berkenaan hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud .

Akhbar Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia menerusi laporan khas bersirinya sebelum ini mendedahkan golongan terbabit bukan sahaja menjadi pekerja malah ada dalam kelompok mereka sudah bergelar tauke dengan menyewa lot daripada peniaga tempatan yang mengalibabakan tapak dan lesen perniagaan masing-masing.

Namun, apa yang membimbangkan, keadaan itu mendatangkan pelbagai impak khususnya kepada peniaga tempatan lain, pengguna selain petani, penternak dan nelayan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini