BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 16 MAC 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 16 MAC 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMALAM dunia sekali lagi digemparkan dengan serangan rambang melibatkan orang awam, kali ini di Christchurch, New Zealand yang menyaksikan lebih 40 orang terbunuh. Apa yang menyedihkan, dua buah masjid turut menjadi sasaran.

Dalam kes seumpama ini, ia bukan soal siapa menjadi mangsa tetapi tindakan gila individu yang membunuh mereka yang tidak berdosa. Atas alasan apapun perbuatan kejam itu sama sekali tidak boleh diterima.

Jelas sekali kejadian terbaharu itu melibatkan seorang individu yang dicengkam perasaan benci cukup mendalam kepada golongan pendatang dan orang Islam. Mengenali masyarakat New Zealand, mereka tidak mempunyai sentimen sedemikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Awang menyokong penuh pandangan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang menyifatkan individu yang melakukan serangan berkenaan berfikiran amat ekstrem. Di mana-mana juga negara tidak boleh ada kelompok ekstrem, mereka adalah ancaman kepada kesejahteraan masyarakat.

Semoga apa yang berlaku di New Zealand akan menjadi pengajaran kepada masyarakat seluruh dunia, jangan sesekali menyebarkan kebencian kerana kesannya amat buruk dan tragedi Jumaat berdarah di Christchurch adalah buktinya.

Awang – Sedih, takziah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini