Mahasiswa berpeluang rebut wang tunai RM1,000 - Utusan Malaysia

Mahasiswa berpeluang rebut wang tunai RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mac – Golongan mahasiswa dipelawa menyertai pertandingan Rekabentuk Landskap Sektor Pengajian Tinggi (IPT) bertemakan ‘Smart Public Park’ anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).

MDHS dalam kenyataan di laman web rasminya memaklumkan, juara pertandingan berpeluang menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1,000 dan sijil penyertaan.

“Pertandingan dianjurkan sempena sambutan Bulan Seni bina Landscape (WLAM) 2019. Kami mengalu-alukan penyertaan semua mahasiswa sebelum pertandingan ditutup pada 29 Mac ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penyertaan adalah percuma dan mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut di [email protected] atau menghubungi talian 03 60641726,” menurut laman web tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini