Asal barang jadi duit - Utusan Malaysia

Asal barang jadi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 15 Mac – ‘Asal barang boleh jadi duit.’

Itu diungkapkan oleh seorang peniaga, S. Segeran, 60, yang berniaga barangan terpakai di Rope Walk (Jalan Kulit) Georgetown di sini bagi menyara kehidupannya.

Menurutnya, barangan terpakai itu diperoleh dari orang perseorangan atau rakan-rakan yang sealiran perniagaan sepertinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, antara barangan yang dijual ialah raket nyamuk, telefon bimbit, radio, permainan kanak-kanak, jam, lampu suluh dan pelbagai barangan harian rumah.

“Setiap Sabtu dan Ahad saya memulakan perniagaan kecil- kecilan di sini. Ada kalanya saya mendapat barangan tersebut dari pusat pembuangan kitar semula dan ada beberapa individu yang turut menjual kepada saya,” katanya kepada Utusan Online di sini baru- baru ini.

Menurutnya, pendapatan hasil jualan barangan itu tidak menentu kerana dia tidak menjual pada harga terlalu tinggi.

Katanya, selain berniaga, dia juga melakukan kerja-kerja sampingan iaitu mengambil upah membersihkan laman perumahan kawasan perumahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini