Zidane mampu bawa kembali rentak kemenangan - Isco - Utusan Malaysia

Zidane mampu bawa kembali rentak kemenangan – Isco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mac – Pemain tengah Real Madrid, Isco memberikan penghormatan terhadap ketua jurulatihnya, Zinedine Zidane yang kembali membimbing kelab gergasi Sepanyol itu ketika mereka berdepan waktu sukar.

Isco berkata, Zidane kini perlu mendapatkan kepercayaan penuh andai mahu memulihkan kembali reputasi Real Madrid yang dihimpit dengan masalah prestasi tidak menentu.

“Kami semua mengenalinya, malah, ketika dia beraksi sebagai pemain, dia amat luar biasa. Bagi kami ia sesuatu berita yang amat hebat buat semua pemain apabila dia kembali untuk menyertai Real Madrid.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dapat berasakan yang dia cintakan Real Madrid dan berharap mampu membawa pasukan ini ke landasan kemenangan semula. Dia juga layak mendapat pujian tertinggi kerana kembali menyertai pasukan ini biarpun ketika berdepan waktu sukar,” kata Isco.

Legenda Perancis itu meninggalkan Santiago Bernabeu pada Mei 2018 dan Presiden Madrid, Florentino Perez, telah memecat dua jurulatih sepanjang sembilan bulan sebelum kepulangannya.

Zidane akan menjalankan tugasan pertamanya bersama Real Madrid dalam perlawanan menentang Celta Vigo, esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini