SYDNEY – Seorang lelaki bersenjata yang membunuh hampir 49 jemaah di dua masjid di New Zealand hari ini adalah pelampau berhaluan kanan yang mempunyai kewarganegaraan Australia, kata Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.
Morrison berkata, insiden tembakan rambang di Christchurch itu dilakukan “seorang pelampau, haluan kanan, pengganas kejam” yang juga seorang warga negara kelahiran Australia.
Bagaimanapun, beliau enggan memberi butiran lanjut dan menyatakan siasatan itu diketuai oleh pihak berkuasa New Zealand. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











