Serangan pengganas tidak berhati perut - Utusan Malaysia

Serangan pengganas tidak berhati perut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tidak berhati perut oleh pengganas yang membunuh umat Islam yang sedang menunaikan solat Jumaat dalam insiden tembakan di Cristchurch, New Zealand.

Presidennya, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, kerajaan New Zealand wajib memberi hukuman setimpal kepada pelaku tanpa sebarang tolak ansur.

“Dunia dapat saksikan siapakah pengganas sebenarnya. Seluruh dunia wajib mengutuk perbuatan ini. Serangan ini adalah perbuatan sengaja yang mungkin sudah lama dirancang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umat Islam seluruh dunia wajib mengambil iktibar di atas kekejaman terhadap saudara-saudara Islam yang menjadi mangsa. Sama-samalah kita berdoa semoga roh dan arwah-arwah mangsa dihisab sebagai mukmin dan muttaqin serta ditempatkan di syurga dan jannatul firdaus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini