KUALA LUMPUR 15 Mac – BioUsahawan 2019 yang pertama bermula hari ini membuka tirai dengan pelancaran produk oleh enam syarikat berstatus BioNexus, pertukaran dokumen dan pelancaran model Program Pembangunan Komuniti Bioekonomi (BCDP) 2.0. Ketua Pegawai Eksekutif Bioeconomy Corp, Dr. Mohd. Shuhaizam Mohd. Zain berkata, model BCDP 2.0 yang baharu melibatkan pembiayaan dan penglibatan langsung Agrobank dan penaja swasta kepada para peserta. “Pendapatan tambahan peserta dalam projek ini dijangka meningkat dari RM26,000 kepada RM1.3 juta setahun bergantung kepada keluasan kawasan yang dikendalikan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian BioUsahawan 2019 di sini hari ini. BioUsahawan 2019 berlangsung selama dua hari bermula 15 Mac ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE











