Abdul Hamid pangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara - Utusan Malaysia

Abdul Hamid pangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selepas penyandangnya, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bersara wajib pada Ahad ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, Noor Rashid, 61, sepatutnya bersara wajib pada tahun lalu tetapi tempoh perkhidmatannya disambung selama setahun sehingga hari ini.

Menurutnya, Noor Rashid memulakan kariernya di dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (K/ASP) Skuad 1/1984 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur pada 8 Januari 1984.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau merupakan salah seorang anggota pasukan skuad saya seramai 32 orang dan kini berbaki hanya tujuh orang yang masih berkhidmat.

“Beliau merupakan pegawai ke-26 di dalam skuad kami yang bersara dan selepas ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohmad Salleh pula akan menyusul dan seterusnya saya pula akan bersara” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Negara dan Naib Pengerusi Perkep Malaysia di Pulapol di sini hari ini.

Setakat ini, kekosongan tersebut dipangku oleh Abdul Hamid sehinggalah keputusan rasmi dibuat oleh kerajaan.

Sementara itu, Noor Rashid yang juga merupakan Timbalan Ketua Polis Negara ke-24  menyatakan hasratnya untuk menulis mengenai PDRM dalam bentuk penulisan blog pada masa terdekat.

“Saya juga mahu mengisi masa lapang dengan aktiviti berkebun kerana ia sudah menjadi hobi saya selama ini,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini