Pencemaran: Pelajar, guru SMK Seksyen 19 adakan solat hajat - Utusan Malaysia

Pencemaran: Pelajar, guru SMK Seksyen 19 adakan solat hajat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 374 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 19 di sini menyertai majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi mendoakan keselamatan mangsa kes pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor.

Majlis itu diadakan di surau sekolah berkenaan pagi tadi dan solat hajat diimamkan oleh imam Masjid Al-Ubudiyah Seksyen 19, Abd. Rashid Omar.

Penolong Kanan SMK Seksyen 19, Tuan Saripah Tuan Jaafar berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai satu daripada usaha memohon keselamatan untuk rakyat dan murid di Pasir Gudang yang terlibat. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang sekolah ini setiap hari Jumaat kami adakan bacaan Yasin tetapi hari ini kami buat solat hajat sekali kerana kami tidak dapat hadir ke sana dan kami berharap dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka,” katanya kepada pemberita.

Kejadian pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim yang berlarutan sejak 7 Mac lalu telah menyebabkan lebih 3,000 orang awam dan pelajar sekolah menerima rawatan sementara 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup serta-merta. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini