Saksi kemalangan maut dicari - Utusan Malaysia

Saksi kemalangan maut dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Mac – Polis Diraja Malaysia sedang mengesan saksi kes kemalangan maut membabitkan dua motosikal di Jalan 222, Petaling Jaya pada 28 Disember lalu.

Menurut Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Petaling Jaya, dalam kejadian itu, seorang daripada penunggang motosikal terbabit, Mohammad Farid Ramley, 22, cedera parah di kepala sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), pada 1 Januari lalu.

“Motosikal ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lagi motosikal milik Muhammad Noor Abd Ghani, 44.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Muhammad Noor luka di muka, tangan serta patah pergelangan tangan kanan dan masih dirawat di PPUM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pada awalnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 namun ditukar kepada Seksyen 41(1) APJ 1987 berikutan perkembangan baharu membabitkan kematian penunggang tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Mereka juga boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat BSPTD Petaling Jaya, Mohd. Nazreen Nasharuddin di talian 010-2105101,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini