Lelaki ditemukan lemas selepas ritual keagamaan - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan lemas selepas ritual keagamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Seorang lelaki ditemukan lemas di air terjun Lata Tembakah di sini, selepas melakukan ritual keagamaan bersama enam rakannya semalam.

Chua Kim See, 46, dijumpai di celah batu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian yang cuba menyelamatkannya dengan melakukan bantuan pernafasan CPR.

Bagaimanapun dia tidak dapat diselamatkan, kata Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd .Rowi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 4.45 petang, lelaki yang berasal dari Tanah Merah itu dikatakan naik ke tingkat tiga air terjun bersama rakan-rakannya untuk melakukan sembahyang di atas batu sambil menutup mata.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Besut dan hasil bedah siasat mendapati dia mati akibat lemas, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini