Tabika, Taska Kemas ditutup sementara - Utusan Malaysia

Tabika, Taska Kemas ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Mac – Kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska Kemas) di sekitar Pasir Gudang, Johor diarahkan tutup sementara ekoran pencemaran sisa toksik di daerah berkenaan.

Jabatan Kemajuan Masyarakat dalam kenyataan memaklumkan, penutupan sementara itu bermula esok sehingga dimaklumkan kelak.

“Pihak pengurusan tertinggi Kemas memutuskan penangguhan operasi bagi memastikan tiada pelajar terkesan dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim yang melanda Pasir Gudang ketika ini,” jelas jabatan itu hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan tersebut, di Pasir Gudang, sebanyak 64 buah Tabika membabitkan 1,623 kanak-kanak manakala sebuah Taska Kemas melibatkan 22 kanak-kanak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini