Liverpool mahu jinakkan Bayern - Utusan Malaysia

Liverpool mahu jinakkan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Andrew Robertson percaya pasukan itu sudah bersedia sepenuhnya untuk berdepan Bayern Munich pada aksi timbal balik peringkat 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi esok.

Pada perlawanan pertama yang berlangsung di Anfield bulan lalu, Liverpool gagal mendapatkan bekalan selesa apabila kedua-dua pasukan sekadar seri tanpa jaringan.

Justeru, Robertson menggesa rakan sepasukan agar tidak menunjukkan belas kasihan pada aksi timbal balik itu sekiranya mahu melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua pemain sentiasa menampilkan kerja keras, terutamanya ketika melakukan serangan balas pantas ke arah pintu gol pasukan lawan. Kami perlu lebih ghairah memburu jaringan pada perlawanan itu nanti.

“Musim lalu, kami bermain lebih baik di tempat lawan dalam saingan Liga Juara-Juara, jadi saya harap kami boleh ulangi pencapaian itu apabila bertandang ke Allianz Arena,” kata Robertson.

Pada masa sama, pemain antarabangsa Scotland itu berharap jentera serangan tidak akan mensia-siakan peluang yang terhidang memandangkan perlawanan di Munich bakal menjadi aksi berbeza.

“Sudah tentu ia akan menjadi satu perlawanan berbeza berbanding aksi pertama sebelum ini. Saya tahu penyokong mereka akan menjadi halangan terbesar kami tetapi kami enggan mengalah terlalu awal,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini