Cemerlang kerana ingin 
ubah nasib diri, keluarga - Utusan Malaysia

Cemerlang kerana ingin 
ubah nasib diri, keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 11 Mac – Keinginan tinggi mengubah status diri dan keluarga mendorong Noraqilah Atikah Mat Sarif, 19, belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan prinsipal 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2018 yang diumumkan hari ini.

Anak penoreh getah dari Kuala Gali itu adalah antara lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong di sini yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan berkenaan.

Noraqilah Atikah berkata, walaupun hanya mendapat dua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ia tidak mematahkan semangatnya untuk cemerlang dalam STPM kerana menyedari pelajaran mampu mengubah nasibnya dan keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anak sulung daripada dua beradik yang bercita-cita menjadi seorang saintis itu berkata, lazimnya dia mengulang kaji pelajaran pada sebelah malam dan memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas.

“Saya tak pernah ada ja­du­­al khas, cuma memberi fokus agar faham subjek yang dipelajari. Keadaan keluarga saya secara langsung menguatkan semangat untuk belajar dengan konsisten dan tanpa jemu.

“Jika ada perkara yang tidak jelas, saya bertanya rakan dan guru di sekolah,” katanya ketika ditemui di SMK Dong hari ini.

Sementara itu, seorang anak yatim piatu, Nurul Syazwani Muhamad Zabidi, 19, dari sekolah sama yang turut memperoleh prinsipal 4A tidak menjadikan ketiadaan ibu dan bapa sebagai penghalang untuk meraih kejayaan sebagaimana yang diharapkan oleh ibu saudaranya, Maharan Zakaria.

Dia yang bercita-cita menjadi guru memberitahu, kebia­saannya dia solat tahajud dan mengulang kaji pelajaran pada awal pagi kerana waktu itu pemikirannya lebih tenang.

“Saya berterima kasih kepada guru yang banyak membimbing dan memberi motivasi untuk mencipta kejayaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini