[KEMASKINI] Maut sebab guna telefon bimbit  - Utusan Malaysia

[KEMASKINI] Maut sebab guna telefon bimbit 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tindakan menggunakan telefon bimbit dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Myanmar maut selepas dipanah petir di padang bola sepak Akademi Badminton Setia Alam, di sini, petang tadi. 

Dalam kejadian pukul 5.05 petang itu, Rohimullah, 19, dipercayai yang mengalami kesan melecur di beberapa badan disahkan meninggal dunia. 

Mangsa merupakan penyokong pasukan bola sepak Rohingya Klang FC (RKFC) yang ketika itu sedang menentang Super Nova FC.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjur perlawanan yang juga pengadil perlawanan, Zainizam Zambri, berkata, dia terpaksa menghentikan perlawanan antara RKFC dan Super Nova FC setengah jam sebelum masa sebenar perlawanan berikutan keselamatan susulan guruh yang kuat. 

Katanya, serentak itu kesemua pemain dan penyokong juga diarahkan keluar daripada kawasan padang. 

“Namun, sekumpulan tiga pemain dan lima penyokong terus berada di atas kawasan padang dengan mangsa yang maut dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit. 

“Secara tiba-tiba petir menyambar ke arah mangsa dan saya lihat empat individu yang berada berhampiran mangsa terpelanting. Namun, kami tidak mampu membantu kerana masih berlakunya petir,” katanya ketika ditemui di padang tersebut di sini hari ini. 

Menceritakan lebih lanjut, dia dan berapa orang awam kemudianya menuju ke arah mangsa kira-kira minit selepas kejadian namun mendapati Rohimullah tidak lagi bernyawa. 

Jelas Zainizam, Rohimullah didapati melecur di bahagian kaki manakala baju dan seluar dipakainya turut terbakar akibat panahan petir itu. 

“Seorang mangsa yang kritikal diberi bantuan pernafasan sebelum dibawa ke hospital bersama tiga lagi mangsa,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini