UNHCR mahu akses lebih besar di Syria - Utusan Malaysia

UNHCR mahu akses lebih besar di Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 10 Mac – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) perlu mempunyai kehadiran yang lebih besar dalam Syria bagi memerhati dan membantu pelarian yang pulang dari luar negara atau berpindah dari negara berperang,

Reuters melaporkan, Pesuruhjayanya, Filippo Grand berkata, penting untuk organisasi seperti UNHCR untuk hadir dan memerhati serta mempunyai akses kepada pelarian yang kembali ke negara itu.

“Kehadiran UNHCR dapat membantu mereka menangani masalah yang dihadapi. Jika tidak, mereka akan hilang keyakinan apabila kembali ke Syria,” katanya semalam,

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, cabaran terbesar yang menghalang penduduk Syria pulang ke rumah masing-masing adalah soal keselamatan, perundangan dan pentadbiran, perumahan, sekolah, air dan penjagaan kesihatan,

Tambahnya, UNHCR sedang bekerjasama dengan kerajaan Syria dan Rusia berkenaan perkara tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini