LONDON 7 Mac – Marcus Rashford menjaringkan gol penalti ketika masa kecederaan untuk membolehkan Manchester United bangkit menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-1 sekali gus memperoleh kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat agregat 3-3 untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara.
Jaringan penalti itu hadir selepas Video Bantuan Pengadil (VAR) mengesahkan bola terkena tangan pemain PSG, Presnel Kimpembe pada minit ke-94 dalam kawasan kotak.
Dalam perlawanan tersebut gol awal dijaringkan oleh Romelu Lukaku pada minit kedua bagaimanapun tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi Juan Bernat.
Penguasaan PSG di laman sendiri tidak kekal lama apabila United mula mempamerkan kebangkitan dan berjaya menambah dua lagi jaringan pada minit ke-30 menerusi Lukaku dan Rashford. – AGENSI











