Premis perjudian diserbu, 2 lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Premis perjudian diserbu, 2 lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Dua lelaki warga tempatan yang baru sahaja bekerja selama dua hari di sebuah premis perjudian atas talian diberkas menerusi Ops Dadu di Dataran Sunway, Kota Damansara di sini hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 5 petang itu telah dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kota Damansara dengan kerjasama Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, dua pekerja lelaki yang ditahan tersebut berusia dalam lingkungan 22 tahun hingga 24 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah menjalankan serbuan di sebuah premis yang dipercayai melakukan aktiviti perjudian atas talian dan difahamkan sindiket berkenaan baru sahaja beroperasi selama dua hari.

“Kita turut merampas 10 buah telefon bimbit pelbagai jenama, komputer (2),  modem (2) dan wang tunai berjumlah RM3,000 dipercayai hasil keuntungan sindiket berkenaan selepas beroperasi selama 24 jam sehari,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN