Liga Super: JDT rentap ego Gergasi Merah - Utusan Malaysia

Liga Super: JDT rentap ego Gergasi Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) merampas kedudukan pendahulu Liga Super selepas berjaya menewaskan Selangor dengan keputusan 4-2 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Selatan mendahului saingan menerusi pemain import, Velazquez Leandro seawal minit ke-7 dan tidak menunggu lama untuk menggandakan kelebihan tersebut hasil ledakan Diogo Luis Santo berselang enam minit kemudian.

Selangor cuba bangkit dan berjaya merapatkan kedudukan hasil sepakan jarak jauh Endrick Dos Santos pada minit ke-32 tetapi kealpaan benteng pertahanan Gergasi Merah dirobek sekali lagi oleh JDT pada minit ke-42 menerusi Gonzalo Cabrera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kapten pasukan Selangor, Rufino Segovia menanduk masuk untuk gol kedua pasukan tuan rumah sebelum saingan separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-3.

Bersambung pada babak kedua,  kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi JDT lebih bijak menyudahkan peluang terhidang apabila Leandro menjaringkan gol peribadi keduanya pada minit ke-68.

Gol tersebut nyata mematikan semangat Gergasi Merah untuk mencuri sekurang-kurangnya satu mata sekali gus menyaksikan keputusan 2-4 kekal sehingga tamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini