Sultan Johor pemandu kanan lokomotif KTMB - Utusan Malaysia

Sultan Johor pemandu kanan lokomotif KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 1 Mac – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima Sijil Kelayakan Pemandu Kanan Lokomotif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Menerusi catatan dalam laman Facebook baginda, sijil itu diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani His­ham Shamsudin kepada baginda dalam satu majlis di Ste­sen Keretapi Kuala Lumpur.

SULTAN IBRAHIM
SULTAN IBRAHIM

Dalam majlis itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menerima sijil penghargaan kerana telah mencemar duli memandu tren terakhir Lokomotif Kelas 26 (26108 TG. KUPANG) keluar dari Stesen Tanjong Pagar, Singapura ke Stesen Johor Bahru pada 1 Julai 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, baginda ber­kenan memandu tren khas bagi perjalanan Kuala Lumpur ke Johor Bahru.

Baginda memandu tren khas itu dari tempat ia berlepas iaitu Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada 9 pagi sebelum berhenti di Stesen Keretapi Segamat.

Sepanjang perjalanan, Sultan Johor diiringi dua pemandu lokomotif KTMB, Kamal Asmawi dan Supawi Ismail.

Dalam tempoh itu, baginda sempat meninjau keadaan kebersihan dan kemudahan pe­ngangkutan rel demi kesejahte­raan dan keselamatan rakyat.

Sultan Johor memiliki le­sen memandu kereta api sejak 2010. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini