Pertandingan reka logo Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula 11 Mac - Utusan Malaysia

Pertandingan reka logo Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula 11 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Mac – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan mengadakan pertandingan mencipta logo kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 bermula 11 Mac ini selama 14 hari.

Mohamaddin Ketapi
Mohamaddin Ketapi 

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan.

“Pertandingan tamat pada pukul 5 petang, 24 Mac,” katanya pada sidang media bersempena pertandingan itu, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata rekaan logo harus melambangkan seni budaya masyarakat Malaysia dan ke arah Malaysia baharu selain perlu digemblengkan dengan logo Malaysia Truly Asia.

“Selain itu, setiap penyertaan hendaklah mempunyai reka bentuk logo dan rasional yang menonjolkan kepelbagaian produk-produk ekopelancongan yang menarik di Malaysia,” katanya.

“Rekaan logo perlu menggunakan perkataan bahasa Inggeris kerana melibatkan pasaran antarabangsa manakala rasional logo pula hendaklah dikemukakan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris,” katanya, menambah pemenang akan diumumkan pada 12 April.

ADS:D

Selain sijil, hadiah wang tunai RM1,000 hingga RM3,000 disediakan untuk tiga penyertaan terbaik serta RM250 masing-masing bagi lima pemenang sagu hati.

Borang pertandingan akan disediakan dalam masa terdekat menerusi laman web www.tourism.gov.my/, www.malaysia.travel dan www.motac.gov.my atau hubungi talian infoline 1-300-88-5050 untuk maklumat lanjut, katanya.

Visit Malaysia Year 2020 yang menumpukan kepada kelestarian (ekopelancongan dan kebudayaan) menyasarkan ketibaan 30 juta pelawat dengan sumbangan RM100 juta kepada pendapatan negara pada tahun depan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN