Bank Rakyat tubuh Majlis Eksekutif - Utusan Malaysia

Bank Rakyat tubuh Majlis Eksekutif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Bank Rakyat hari ini mengumumkan penubuhan sebuah Majlis Eksekutif (Executive Council) bagi melaksanakan tugas Pengarah Urusan/Presidennya.

Kenyataan tersebut menyebut, penubuhan majlis itu adalah susulan tamatnya tempoh perkhidmatan Pengarah Urusan/Presidennya, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid pada 2 April hadapan, dan sudah mula bercuti, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Lembaga Pengarah Bank berkenaan dalam mesyuaratnya memutuskan untuk menubuhkan Majlis Eksekutif berkuatkuasa pada 27 Februari 2019 sehingga PengarahUrusan/Presiden baharu dilantik, kata kenyataan itu lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis yang bersifat interim ini dianggotai oleh tiga orang pengurus kanan Bank Rakyat iaitu Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan), Datuk Amirudin Abdul Halim; Ketua Pegawai Kewangan, Nor Haimee Zakaria; dan Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan, Abdul Razak Abu Bakar. – UTUSA ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN