HSKU wajar dipertahankan - Utusan Malaysia

HSKU wajar dipertahankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Feb. – Karya-karya sastera bermutu tinggi tidak wajar dibiar tenggelam dibadai arus zaman.

Sehubungan itu, acara berprestij seperti Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) wajarlah dipertahankan supaya penghargaan terhadap karya sebegitu dapat terus diberi, sekali gus memberi nafas berterusan kepada kegiatan sastera di negara ini.

Antara tetamu yang hadir pada Majlis Penyampain Hadiah Sastera Kumpulan Utusan.
Antara tetamu yang hadir pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan di Kuala Lumpur hari ini. – UTUSAN ONLINE/RAZAK LATIF

Pengerusi Jawatankuasa HSKU, Datuk Zulkefli Hamzah malah menyifatkan HSKU sebagai acara yang berjasa besar kepada bidang sastera, melihat kepada peranannya mengangkat karya-karya sastera ke tahap yang lebih tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Walaupun HSKU bukan satu pertandingan yang memercikkan kemilau dunia selebriti dan menjanjikan hadiah beratus ribu ringgit, jasa HSKU adalah besar kepada perkembangan kesusasteraan negara, antaranya mengangkat banyak hasil karya kesusasteraan ke tahap yang lebih cemerlang. 

“Kelangsungan HSKU membuktikan usaha merakyatkan sastera terus relevan pada semua zaman. Lantaran ia dilihat terus relevan, HSKU wajar dipertahankan agar terus mara mengangkat karya-karya bermutu tinggi bagi memastikan kesinambungan ini tidak terhenti,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penyampaian HSKU di Dewan Utusan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN