ISLAMABAD 27 Feb. – Pakistan menutup ruang udaranya berikutan risau berlaku konflik habis-habisan dengan negara jiran, India, menurut pihak berkuasa penerbangan awam dan tentera hari ini.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAA) dalam akaun Twitter menyatakan ‘secara rasmi penutupan ruang udara Pakistan sehingga notis lanjut manakala jurucakap tentera Pakistan menjelaskan keputusan itu berikutan keadaan situasi semasa.
Menurut sumber CAA, kesemua penerbangan telah dimaklumkan untuk menggantung operasi mereka di Pakistan sehingga notis lanjut.
Sementara itu, menurut pihak berkuasa penerbangan sekurang-kurangnya lima lapangan terbang India ditutup dan banyak penerbangan dibatalkan.
Pihak Berkuasa Penerbangan India pula tidak memberikan respon bagi permintaan komen rasmi mereka. – AFP











