KUALA LUMPUR 27 – Dua instafamous, Hafizam dan Acap Tarabas bersama dengan artis berkumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Insomniacks akan muncul dalam segmen bual santai Jom Chat pukul 9 malam ini.
Jom Chat yang dihoskan oleh Apak, disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, setiap hari Rabu, berdurasi selama satu jam.
Hafizam yang mempunyai 300,000 pengikut atau followers di Instagramnya merupakan ‘raja tik tok’ dan Acap Tarabas juga mempunyai pengaruh yang luar biasa dalam kalangan followersnya.
Insomniacks walaupun artis baharu, mereka mempunyai single berjudul Pulang manakala single pertama mereka berjudul Selalu.
Para penonton Jom Chat malam ini boleh menghantar soalan sepanjang satu jam segmen ini bersiaraya. – UTUSAN ONLINE











