Para pengusaha Airbnb digesa berdaftar dengan kementerian - Utusan Malaysia

Para pengusaha Airbnb digesa berdaftar dengan kementerian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Feb. – Para pengusaha Airbnb di negara ini digesa untuk berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dengan segera.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Isham Ishak berkata, pendaftaran itu dibuat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai butiran operasi pengusaha perkhidmatan itu yang terdapat dalam negara ini.

“Selepas mereka buat pendaftaran, barulah kita mengadakan pertemuan dengan mereka antara lain untuk melihat bagaimana kementerian dapat membantu pengusaha termasuk daripada segi soal kebajikan,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman Prestasi Pelancongan Malaysia 2018 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menyeru pengusaha-pengusaha tidak berdaftar Airbnb di seluruh negara agar berdaftar segera dengan kementerian sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil.

Kelewatan berbuat demikian memungkinkan pengusaha-pengusaha terbabit dikenakan tindakan keras dari kementerian dan pihak berkuasa tempatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN