Pusat urut berselindung di sebalik spa tawar seks diserbu - Utusan Malaysia

Pusat urut berselindung di sebalik spa tawar seks diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 27 Feb. – Sebuah pusat urut yang dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan berselindung di sebalik rawatan spa kecantikan dan kesihatan, diserbu Jabatan Imigresen di sini semalam.

Serbuan dilakukan jabatan itu pada pukul 9.30 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan.

Pengarah Imigresen Negeri, Zuhair Jamaludin berkata, seramai lima orang wanita warga Thailand berusia 26 hingga 42 tahun ditahan untuk siasatan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas Lawatan dengan bekerja secara tidak sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ketika serbuan terdapat lima orang pelanggan dan kesemuanya tidak sempat melarikan diri.

“Berdasarkan maklumat awal, pusat ini baru beroperasi sejak enam bulan lalu dan pertama kali diserbu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kata beliau, kesemua mereka ditahan di lokap Pejabat Imigresen negeri untuk siasatan dan tindakan lanjut sebelum diserah ke Depot Imigresen Belantik, Sik dekat sini nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini