Jangan cuba cetus huru-hara -Wiranto - Utusan Malaysia

Jangan cuba cetus huru-hara -Wiranto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Feb. – Menteri Penyelaras Sektor Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Wiranto mengingatkan semua parti politik supaya tidak cuba mencetuskan huru-hara sepanjang proses Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019 yang bakal diadakan pada April ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lapor Republika, beliau juga memberi amaran yang kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang dikenal pasti berbuat demikian.

“Jangan cuba menimbulkan kekecohan sehingga mengugat keselamatan negara, jika tidak mereka terpaksa berdepan dengan polis dan Tentera Nasional Indonesia (TNI). Ini adalah tindakan terbaik kepada negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN