Gagal bayar cukai, barangan pemilik premis dirampas - Utusan Malaysia

Gagal bayar cukai, barangan pemilik premis dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Feb. – Kegagalan 500 pemilik premis menyelesaikan pembayaran cukai taksiran akhirnya menerima padah apabila pelbagai barangan mereka dirampas dalam Operasi Waran Sitaan Tunggakan Cukai Taksiran yang dijalankan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Damansara pada Sabtu lalu sehingga semalam.

MBPJ dalam satu kenyataan memberitahu, pemilik premis berkenaan akan diberi tempoh selama tujuh hari untuk membuat pembayaran penuh cukai tertunggak dan menuntut semua harta alih yang dirampas.

“Kegagalan membuat pembayaran dalam tempoh ditetapkan boleh menyebabkan harta alih tidak boleh dituntut dan akan dikategorikan sebagai barangan lelongan awam. Rampasan harta alih itu dilakukan mengikut jumlah tunggakan dan dibawa ke majlis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama tiga hari operasi diadakan, MBPJ berjaya mengutip jumlah tunggakan sebanyak RM66,837.25 yang dibayar secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN