Lelaki kemboja parah ditikam rakan senegara - Utusan Malaysia

Lelaki kemboja parah ditikam rakan senegara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang lelaki warga Kemboja parah selepas ditikam di bahagian dada menggunakan pisau dalam pergaduhan bersama dua rakan senegaranya di tepi Jalan Yadi, di sini, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa berusia 36 tahun kini masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR). 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa dan tiga rakannya termasuk seorang wanita itu telah pergi meminum minuman keras sehingga mabuk sebelum berlaku pergaduhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan berpunca disebabkan saling mengata antara satu sama lain sebelum suspek bertindak menikam dada mangsa dengan menggunakan pisau. 

“Sejurus melihat rakannya rebah, suspek kemudiannya melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. 

Menurut beliau, kejadian tersebut kemudiannya disedari oleh jiran mangsa sebelum memaklumkan kepada pihak polis. 

Shamsul Amar menambah, mangsa kemudiannya dihantar ke HTAR dan kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

“Polis yang menjalankan siasatan lanjut kemudiannya berjaya menahan dua individu warga Kemboja termasuk isteri suspek masing-masing berusia lingkungan 30-an pukul 2.09 pagi semalam di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan.

“Soal-siasat terhadap mereka mengakui berada di lokasi kejadian dengan kedua-duanya tidak memiliki dokumen perjalanan diri,” katanya. 

Jelas Shamsul Amar, pihaknya kini sedang mengesan seorang lagi suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×