Dua warga asing ditahan seludup kokain - Utusan Malaysia

Dua warga asing ditahan seludup kokain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 17 Feb. – Dua warga asing ditahan selepas didapati cuba menyeludup dadah jenis kokain sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah dekat sini.

Sumber kehakiman memberitahu, pendakwa raya mengarahkan seorang wanita Jerman dan lelaki Turki ditahan ‘selama empat hari untuk siasatan terhadap dakwaan membawa 11 kilogram kokain’ ke dalam negara ini.

Sumber keselamatan pula memaklumkan, pasangan itu tiba melalui penerbangan Emirates dari Dubai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bulan lalu, Kabinet Mesir meluluskan pindaan undang-undang untuk meningkatkan hukuman terhadap kesalahan menyeludup dadah, dengan memasukkan hukuman mati.

Pindaan itu memerlukan kelulusan di Parlimen. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×