Tommy sepatutnya nasihati PM - Zainul - Utusan Malaysia

Tommy sepatutnya nasihati PM – Zainul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jan. – Peguam Negara, Tommy Tho­mas sepatutnya memberi nasihat kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tentang kedudukan undang-undang yang betul sebelum meneruskan hasrat menubuhkan tribunal bagi menyiasat bekas-bekas ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang telah mula prosi­ding kelmarin.

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR 

Penubuhan tribunal ber­kenaan yang dikatakan ha­nya bersifat akademik juga menimbulkan persoalan tentang kegagalan Tommy menjalankan tanggungjawab sebagai Peguam Negara de­ngan berkesan untuk menasihati Dr. Mahathir berhubung perkara tersebut.

Presiden Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar juga memberitahu memang sudah menjadi undang-undang kukuh atau trite law bahawa isu akademik tidak diputuskan pihak mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pandangan saya, Peguam Negara sepatutnya menasihati Perdana Menteri tentang kedudukan undang-undang yang betul. Sepatutnya isu ini perlu diperbetulkan dahulu sebelum tribunal memulakan proses pendengaran.

“Sebagai contoh dalam kes lanjutan tempoh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md. Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebelum ini, Mahkamah Persekutuan juga tidak mende­ngar kes bersifat akademik. Keputusan kes itu sewajarnya menjadi panduan menasihati Perdana Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini