RapidKL struktur semula koridor laluan Damansara, Jalan Klang Lama - Utusan Malaysia

RapidKL struktur semula koridor laluan Damansara, Jalan Klang Lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Jan. – Penstrukturan semula laluan perkhidmatan bas di koridor Damansara dan Jalan Klang Lama akan dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari ini.

Prasarana Malaysia Berhad dalam satu kenyataan berkata, penstrukturan koridor Damansara dan Jalan Klang Lama merupakan inisiatif Rapid Bus meningkatkan perkhidmatan awam di kawasan berkepadatan tinggi.

Bagi koridor Damansara, penstrukturan semula melibatkan Bandar Utama, Taman Tun Dr. Ismail, Damansara Utama, Pusat Bandar Damansara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta, Bangsar, Pantai Dalam dan Pantai Hill Park.

Manakala bagi koridor Jalan Klang Lama pula melibatkan Puchong, Klang Lama, Taman Desa, Petaling Jaya Selatan dan Subang Jaya.

“Terdapat 16 laluan bas utama, lapan laluan bas penghantar dan satu perkhidmatan Bas Ekspres Transit (BET) yang sedang memberikan perkhidmatan di kedua-dua koridor berkenaan.

“Pelancaran koridor Damansara dan Jalan Klang Lama selepas penstrukturan semula laluan Cheras dan Sungai Besi menyaksikan lima laluan bas utama dipendekkan kepada hab terdekat, dua laluan utama dan satu perkhidmatan BET akan dihentikan operasi kerana pertindihan perkhidmatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, laluan alternatif akan disediakan untuk memastikan kemudahan perjalanan kepada penumpang.

“Orang ramai boleh melihat butiran laluan yang ada melalui saluran media sosial Rapid KL di facebook, twitter dan laman web rasmi www.myrapid.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×