KUALA LUMPUR 29 Jan. – Polis akan memanggil penganjur Program Amal Sempena Tahun Baharu Cina oleh Gabungan Peniaga dan Penjaja ICC Pudu dalam masa terdekat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya akan memanggil penganjur untuk membantu siasatan kes kematian dua warga yang sesak nafas ketika berasak-asak mendapatkan kupon makanan percuma di ICC Pudu, Jalan Kijang, semalam.
“Kita tidak menerima sebarang makluman berkenaan program itu dan tiada anggota polis yang berkawal di lokasi kejadian.
“Siasatan masih diteruskan dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat kedua-dua mangsa,” katanya ketika ditemui dalam sidang di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Semalam, dua warga emas dikenali sebagai dikenali sebagai Ah Poh, 85, dan Law Ion Nan, 78, maut manakala enam lagi pengsan dipercayai sesak nafas ketika berasak-asak mendapatkan kupon makanan percuma di ICC Pudu, di sini.
Kejadian berlaku pada pukul 12.04 tengah hari semasa kedua-dua mangsa berusia 78 dan 85 tahun itu dipercayai cuba bersaing dipercayai dengan kira-kira 1,000 orang mendapatkan kupon makanan percuma tersebut. – UTUSAN ONLINE










