Dua pensyarah ditahan SPRM salah guna kuasa - Utusan Malaysia

Dua pensyarah ditahan SPRM salah guna kuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Jan. – Dua pensyarah kanan di sebuah universiti awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung penyalahgunaan kuasa melibatkan pembekalan projek bernilai RM25,000.

SPRM dalam satu kenyataan memberitahu, kedua-dua pensyarah berusia 40-an itu ditahan di kampus universiti yang terletak di Segamat pada pukul 2 petang.

“Siasatan mendapati ke­dua-dua suspek telah menggunakan kedudukan dengan memberi kerja berkaitan projek bekalan di universiti ber­kenaan kepada syarikat dipercayai milik adik kepada salah seorang suspek.

“Projek bekalan itu bernilai RM25,000,” demikian menurut kenyataan itu.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Azmi Alias mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kedua-dua suspek kini dikenakan tahanan reman selama tujuh hari bermula semalam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi atau penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×