Sampel DNA dua mayat dihantar ke Jabatan Kimia - Utusan Malaysia

Sampel DNA dua mayat dihantar ke Jabatan Kimia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Polis telah menghantar sampel asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti dua mayat yang ditemukan di belakang kawasan perumahan Bandar Desa Coalfield berhampiran Kampung Sri Aman, Sungai Buloh, dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar berkata, sampel mayat wanita dan lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi dianalisis.

“Hari ini sampel mayat telah dihantar dan kita berharap keputusan proses tersebut akan dikeluarkan secepat mungkin bagi membantu siasatan polis serta mengenal pasti identiti mangsa.

“Selain itu, kawasan pencarian kini telah diperluaskan dalam lebih 300 meter dari lokasi kejadian bagi menjejaki saki-baki anggota badan dua mayat itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sabtu lalu, dua mayat, masing-masing seorang lelaki dan wanita ditemukan di lokasi kejadian dipercayai sudah mati sejak dua minggu lalu.

Mayat-mayat berkenaan kini dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×