ECRL: Jangan berteka-teki lama sangat - Utusan Malaysia

ECRL: Jangan berteka-teki lama sangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANDA tanya mengenai pendirian kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih tidak berjawab walau yang ditanya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Situasi ini memang jarang-jarang atau kadang-kadang seperti kata Tan Sri P. Ramlee dalam filem Nujum Pak Belalang kerana ECRL satu keputusan penting.

Bagaimanapun Perdana Menteri dengan caranya tersendiri sudah bagi petunjuk dalam sidang akhbar beliau hari ini dengan memberitahu jawapannya ada pada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Setakat artikel ini ditulis, Menteri Kewangan belum memberi respons. Semakan dalam Twitter beliau dan kementerian juga tiada sebarang kenyataan terbaharu.

Namun media antarabangsa dari Jepun hingga ke India dan Eropah semua melaporkan projek tersebut dibatalkan hari ini memetik kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Sabtu lalu.

Pada masa sama ada media asing melaporkan kenyataan pegawai Kementerian Luar China yang rundingan mengenainya masih berlangsung.

Apatah lagi, dalam media sosial sejak tengah hari tadi berlegar surat pembatalan ECRL dengan kepala surat Kementerian Kewangan, tetapi masih belum ada pengesahan rasmi sama ada tulen atau sebaliknya.

Justeru, lagi lama lagi misteri. Pastinya tidak baik untuk sebuah kerajaan bermain teka-teki seperti ini. Keadaan ini mesti dielakkan pada masa depan dalam apa jua keadaan.

Kerajaan baru atau tidak bukan lagi alasan, semua menteri khususnya portfolio kanan kena tahu untuk menguruskan isu secara kolektif kerana akhirnya membawa nama negara.

Soal salah dan silap bukan setakat kena kurang, kalau boleh jangan ada lagi dah. Tanggal 9 Februari, genap sembilan bulan Putrajaya bertukar tangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×