KAREN berakit di Sungai Kampar - Utusan Malaysia

KAREN berakit di Sungai Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Acara sukan air sering mendapat tempat dalam kalangan peminat sukan ekstrem. Manakan tidak, ia cukup mencabar fizikal dan mental peserta selain menguji keberanian mereka untuk mengharungi arus deras.

Tidak ketinggalan Kelab Kembara dan Rekreasi Universiti Tenaga Nasional atau lebih dikenali sebagai KAREN telah menganjurkan aktiviti lasak iaitu `White Water Rafting’ baru-baru ini.

Program yang mendapat kerjasama Kelab Kembara dan Rekreasi Universiti Teknologi Petronas

AHMAD AIMAN MUHAMAD ISMAIL
AHMAD AIMAN MUHAMAD ISMAIL 

(UTP) ini diadakan selama dua hari di Radak Riverside Camp berjaya menghimpunkan seramai 50 orang pelajar .

‘’Melalui sukan air ini, para peserta diuji ketahanan fizikal dan mental mereka untuk mengawal emosi ketika terlibat dalam aktiviti lasak. Hal ini kerana bukan mudah seseorang itu mengawal perasaan takut dan cemas ketika berakit dalam arus deras,’’ ujar ketua Program White Water Rafting, Ahmad Aiman Muhamad Ismail.

Tambah Ahmad Aiman, perjalanan untuk cabaran rakit itu adalah sejauh 10 kilometer yang perlu mengharungi kira-kira 10 jeram di Sungai Kampar, Perak.

Bukan itu sahaja, ahli Kelab KAREN turut menekankan aspek keselamatan pelajar untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

‘’Sebelum peserta dibenarkan turun ke sungai, satu taklimat diadakan oleh jurulatih mengenai keselamatan menyeluruh yang merangkumi teknik mendayung, kemahiran ‘paddling’ dan langkah-langkah keselamatan,’’ ujar Ahmad Aiman.

‘’Bagi peserta yang tidak pernah terlibat dengan sukan ini, seorang jurulatih dipertanggungjawabkan untuk memantau mereka pada setiap masa dan akan bersama dalam setiap rakit getah yang dinaiki peserta,” katanya.

Keselamatan para peserta menjadi keutamaan dan tidak boleh dipandang mudah memandangkan pelbagai isu sering timbul seperti pelajar sesat di dalam hutan dan insiden yang meragut nyawa sewaktu melakukan aktiviti air.

Oleh itu, beberapa langkah berjaga-jaga telah dimaklumkan kepada setiap peserta dan mengingatkan mereka agar sentiasa mendengar arahan yang diberikan jurulatih.

“Program kali ini berlangsung dengan meriah dan berjalan lancar. Saya bersyukur sepanjang dua hari program ini berlangsung tidak mengakibatkan sebarang kecederaan yang serius.

‘’Sebenarnya bukan mudah untuk melakukan kolaborasi antara dua buah universiti ternama memandangkan kami saling tidak mengenali secara rapat. Aspek komunikasi amat penting bagi mengeratkan hubungan antara ahli KAREN dan kelab kembara dan rekreasi dari UTP,’’ katanya.

Inisiatif yang diambil bagi mendekatkan para peserta berkenalan dengan lebih rapat lagi adalah melalui aktiviti gotong royong dan barbeku pada malamnya.

Kesemua peserta bersama-sama mengambil bahagian dalam menyediakan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×