4 pos bomba sementara sempena Tahun Baru Cina - Utusan Malaysia

4 pos bomba sementara sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Jan. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mendirikan pos bomba sementara di empat plaza tol dalam negeri ini sempena sambutan Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

YAHAYA MADIS
YAHAYA MADIS 

Pengarah JBPM negeri, Datuk Yahaya Madis berkata, empat plaza tol itu ialah di Bukit Gambir, Yong Peng, Kempas dan Sedenak. 

Menurut beliau, pos bomba sementara itu akan dibuka selama 24 jam bermula 29 Januari hingga 12 Februari ini. 

“Pos sementara ini dibuat bagi memastikan pihak bomba dapat bertindak segera dalam situasi kecemasan. 

“Kami juga menasihatkan masyarakat untuk mengambil berat aspek keselamatan sama ada terhadap kediaman mahupun kenderaan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Tahunan JBPM Negeri Johor 2019, di Ibu pejabat JBPM negeri di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×